Monday, 24 September 2012

Suasana Belajar Yang Berkesan

Setiap pelajar mempunyai keinginan yang unik dalam memilih tempat dan suasana yang paling sesuai untuk belajar.  Oleh itu, suasana belajar yang berkesan hanya dapat ditentukan oleh pelajar itu sendiri.  Ikhlas pada diri anda.  Tentukan sendiri suasana bagaimana yang paling anda gemari.  Misalnya, sekiranya anda seorang pelajar yang gemarkan suasana yang ramai orang, maka perpustakaan mungkin pilihan terbaik anda.   Sekiranyanya pula, anda rimas dengan keadaan tersebut pilihlah tempat yang sunyi, yang agak terpencil dan jauh dari orang ramai.  Jangan paksa diri anda untuk bersetuju dengan suasana belajar orang lain.  Jangan ke perpustakaan hanya disebabkan semua rakan-rakan belajar di sana.  Anda mungkin ke perpustakaan hanya untuk mencari bahan tetapi untuk belajar ia tidak semestinya disitu juga.


Suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas, dan bersih membolehkan anda belajar dengan mudah.  Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang.  Persekitaran sebegini membolehkan anda memberikan tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari.  Susun atur perabut dan kepekatan cahaya juga turut mempengaruhi mood belajar anda.  Oleh itu mulalah ubahsuai bilik anda sekarang.  Sekiranya anda tidak mempunyai bilik yang berasingan maka memadailah sekiranya anda boleh dapatkan satu ruangan atau sudut yang agak terpencil dan jauh dari gangguan.  Pasti ada ruangan dalam rumah anda yang boleh anda gunakan sebagai tempat belajar anda.  Elakkan dari belajar di dapur atau di ruang tamu.  Terlalu banyak gangguan dikedua-dua tempat ini disamping menjadi laluan utama setiap penghuni rumah.

Untuk belajar, anda hanya memerlukan satu kerusi, satu meja dan satu rak.  Tidak semestinya ia baru dan cantik yang penting anda tahu bagaimana untuk menghias dan menyusunnya.  Ubah susun atur kerusi dan meja ini setiap tiga bulan.  Mungkin pada awalnya meja menghadap dinding dan selepas tiga bulan ubah pula ia menghadap tingkap.  Dengan cara ini anda dapat rasakan perubahan persekitaran yang membuatkan anda rasa seronok untuk belajar.  Begitu juga rak buku anda, letakkannya di tepi, kemudiannya di depan atau di belakang.  Lakukan apa sahaja yang penting anda dapat rasakan keinginan untuk belajar timbul dihati setelah anda mengubah susun atur perabut  ini.  Sediakan juga satu ruangan pada dinding, yang mudah anda lihat, untuk anda pamirkan senarai tindakan anda (to do list), carta reputasi akademik anda, senarai projek dan jadual perancangan jangka pendek serta jangka panjang anda.   Ada diantara pakar kemahiran belajar yang berpendapat bahawa muzik boleh meningkatkan tumpuan dan keseronokan belajar.  Ini disebabkan ia berkait rapat dengan fungsi otak kanan anda.

 Sekiranya anda seorang yang gemar mendengar radio ketika belajar, maka hentikan tabiat buruk ini.  Gantikannya dengan memainkan lagu-lagu latar berbentuk instrumental.  Untuk kesan yang terbaik, muzik ini mestilah dimainkan pada kadar bunyi yang sederhana tinggi agar tidak mengganggu anda.  Muzik yang paling sesuai ialah instrumental klasik yang dimainkan oleh pemuzik seperti Vivaldi, Bach, Bernstain dan lain-lain.  Muzik ini sangat sesuai kerana kebanyakannya menggunakan tempo 60 bit seminit.  Iaitu sama seperti kadar degupan jantung purata anda ketika rehat.

Dengan Muzik Tanpa Muzik
  • Denyutan dan tekanan darah menurun.
  • Gelombang otak perlahan.
  • Otot-otot rileks.
  • Denyutan dan tekanan darah meningkat.
  • Gelombang otak pantas.
  • Otot-otot tegang.



Gantungkan gambar-gambar kejayaan anda (jika ada) atau sijil-sijil pencapaian anda di ruangan bacaan tersebut.  Gambar-gambar ini mungkin kejayaan anda dalam sukan atau peraduan-peraduan tertentu.  Ia akan mengingatkan anda bahawa anda boleh berjaya dan boleh menjadi juara dalam hidup anda.  Gambar tersebut membuktikan yang anda pernah melakukannya sebelum ini dan anda akan melakukannya pula dalam bidang pelajaran.

Gantungkan juga katajaya-katajaya yang memberikan anda rangsangan yang positif.  Anda mungkin mahu memetik kata-kata yang diperolehi dalam kursus Motivasi Alihan Pelajar untuk dijadikan azimat penguat semangat.
Read more

Thursday, 20 September 2012

21 Teknik Pembelajaran



Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.
Read more

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2012 SBP


Koleksi Soalan Percubaan SPM 2012 SBP









No Skema
Read more

Sunday, 5 August 2012

Tips Mengembangkan Kemampuan Otak

Otak kita adalah sebuah superkomputer seberat 1,5 kg. Sebagai pusat kontrol yang mengendalikan hidup anda, otaklah yang menentukan bagaimana cara anda berpikir dan berinteraksi dengan orang lain. Otak anda jauh lebih rumit dari komputer apapun dengan 100 juta milyar sel otak yang saling berhubungan satu sama lain. Mengoptimalkan fungsi otak adalah suatu keharusan jika anda ingin mengeluarkan potensi dirianda semaksimal mungkin. Dan sementara anda berolahraga atau melakukan yoga untuk menjaga kondisi tubuh, seringkali latihan mental menjadi terlupakan. Berikut ada beberapa tips untuk mengembangkan kemampuan otak:


1.   Gunakan atau Anda akan kehilangannya. Bila kita berbaring terus menerus, maka otot otot kita akan melemah dan berkurang terus. Demikian juga dengan otak kita. Kalau jarang dipakai. Penelitian menunjukkan, otak yang aktif memperkecil kemungkinan kelainan kognitif, kepikunan, alzheimer pada tahapan lanjut usianya. (MSB jadi teringat humor yang mengatakan bahwa otak bekas orang Indonesia masih berharga mahal?)

2.   Memberi makan otak. Makanan terbaik otak adalah buah buahan dan sayuran segar yang memberikan anti oksidan, karbohidrat dan asam folfat. Juga diperlukan protein yang didapatkan dari telur, ikan, daging. Lemak Omega 3 didapat dari minyak ikan. Gula, alkohol, obat obatan dan lemak berdampak buruk buat otak, terutama dalam jumlah banyak.

3. Terus belajar. Belajar sendiri akan membantu mengembangkan otak, apapun topik pembelajarannya. Kita dapat belajar dari buku, VCD, DVD, internet, training, seminar, dari teman teman, dsb.

4.   Keragaman adalah bumbu hidup. Keragaman dalam pekerjaan, kegiatan pengisi waktu luang, hiburan, percakapan, perjalanan, kegiatan sosial dapat membantu merangsang dan melatih otak. Lakukan variasi dalam hidup termasuk melakukan yang tidak lazim, misalnya coba memakai tangan kiri untuk aktifitas yang biasanya dilakukan dengan tangan kanan.

5.   Latihan fisik. Olahraga akan memperlancar aliran darah dan oksigen ke kepala. (otak yang beratnya hanya 2% dari tubuh kita, mengkonsumsi 20% oksigen). Gerakan-gerakan yang melatih koordinasi ritme, langkah dan pergerakan disaat berolahraga.

6.   Tidur Nyenyak. Tidur membantu kesegaran otak, memperkuat dan memperbaiki daya ingat. Penelitian di Kanada: pelajar yang mempersiapkan ujian dan tidur dengan cukup memperoleh nilai lebih tinggi, daripada yang begadang.

7. Membaca. Aktifitas membaca sangat bagus untuk menambah pengetahuan dan merangsang otak. Bagaimana kalau menonton TV/CD atau cuma mendengarkan radio? Saya kira sama saja ya… kan sama-sama pake’ otak.

8.   Mengingat. Berlatihlah menggunakan ingatan, latihlah memori setiap hari...dan kita akan melihat perkembangan kemampuannya.

9.  Menggunakan angka. Cobalah menggunakan aritmatika mental setiap hari. Hindari kalkulator, usahakan menghitung diluar kepala, misalnya disaat menghitung kembalian belanja. Berlatihlah melakukan pertambahan, pengurangan, pengalian dan pembagian tanpa alat hitung. Ini amat berguna untuk otak.

10.Mendengarkan musik. Mendengarkan musik dapat mengembangkan dan merangsang bagian bagian otak, serta mengubah suasana hati. Ketika mendengarkan musik, bertanyalah pada diri sendiri:”Apa yang ingin disampaikan oleh pencipta lagu ini dan bagaimana dia menyampaikannya?”. Dengarkan kontribusi masing masing instrumen itu dan upaya sang komposer memadukan semua instrumen tadi.

11.Mempelajari bahasa asing. Bahasa yang kita gunakan membantu membentuk cara kerja pikiran kita. Mempelajari bahasa lain akan memperluas pikiran dan membantu kita untuk melihat sesuatu dengan cara baru. Tontonlah film berbahasa asing, baca buku buku, koran berbahasa asing......kunjungi negara lain, yang memberikan tantangan dua kali lebih keras.

12.Mengajar. Ada ungkapan:”Bila anda ingin mempelajari sebuah bidang, maka ajarkan bidang itu”. Bagi seorang pemikir, mengajar menghadirkan sebuah tantangan intelektual dan pribadi yang besar. Yang ini sesuai dengan pengalaman.

13.Bergaul dengan orang cerdas. Habiskan waktu dengan orang yang cerdas, menarik dan menyenangkan, suka membaca, berwawasan luas, mampu mengungkapkan pendapat dengan baik, mampu menggali potensi orang lain, yang mempunyai pandangan yang berbeda, yang menentang opini kita.

14.Bekerja sukarela. Melakukan pekerjaan sukarela akan menempatkan diri anda pada sebuah situasi berbeda, dimana Anda dapat membantu orang lain dan pada saat bersamaan belajar dari orang lain.

15.Menyanyi. Belajarlah menyanyi secara harmonis, dalam kelompok. Otak kita memerlukan latihan, tantangan dan rangsangan.
Read more

Thursday, 2 August 2012

Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar Cemerlang


Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.


Pelajar Cemerlang
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.


Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.


Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.


Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.


Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.


Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.


Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.


Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.


bane the dark knight rises cast
batman 3 the dark knight rises action figures
batman 3 the dark knight rises news
batman the dark knight rises
batman the dark knight rises 2012
batman the dark knight rises 2012 trailer
batman the dark knight rises action figures
batman the dark knight rises actors
batman the dark knight rises bane
batman the dark knight rises bane catwoman
batman the dark knight rises bane costume
batman the dark knight rises bane picture
batman the dark knight rises cast
batman the dark knight rises cast and crew
batman the dark knight rises cast list
batman the dark knight rises casting
batman the dark knight rises catwoman

batman the dark knight rises catwoman anne hathaway
batman the dark knight rises catwoman pictures
batman the dark knight rises catwoman suit
batman the dark knight rises characters
batman the dark knight rises ending
batman the dark knight rises imdb
batman the dark knight rises news
batman the dark knight rises official trailer
batman the dark knight rises plot
batman the dark knight rises poster
batman the dark knight rises posters
batman the dark knight rises prologue
batman the dark knight rises prologue leak
batman the dark knight rises prologue leaked
batman the dark knight rises prologue video
batman the dark knight rises review
batman the dark knight rises rumors
batman the dark knight rises script
batman the dark knight rises spoilers
batman the dark knight rises toys
batman the dark knight rises trailer
batman the dark knight rises trailer 2
batman the dark knight rises trailer 3
batman the dark knight rises trailer imdb
batman the dark knight rises trailer leak
batman the dark knight rises trailer leaked
batman the dark knight rises trailer youtube
batman the dark knight rises trailers
batman the dark knight rises wiki
batman the dark knight rises wikipedia
latest the dark knight rises news
lego batman the dark knight rises trailer
mattel the dark knight rises toys
new batman the dark knight rises trailer
new the dark knight rises news
new the dark knight rises trailer
new the dark knight rises trailers
official batman the dark knight rises trailer
official the dark knight rises trailer
possible the dark knight rises plot
the dark knight rises
the dark knight rises action
the dark knight rises action figure
the dark knight rises action figures
the dark knight rises actor
the dark knight rises actor hardy
the dark knight rises actors
the dark knight rises actress
the dark knight rises actresses
the dark knight rises cast
the dark knight rises cast and characters
the dark knight rises cast and crew
the dark knight rises cast list
the dark knight rises cast members
the dark knight rises cast of cast
the dark knight rises cast robin williams
the dark knight rises casting
the dark knight rises casting call
the dark knight rises casting calls
the dark knight rises casting director
the dark knight rises casting extras
the dark knight rises casting in pittsburgh
the dark knight rises casting news
the dark knight rises dc universe
the dark knight rises ending
the dark knight rises ending leaked
the dark knight rises ending spoiler
the dark knight rises imdb
the dark knight rises imdb news
the dark knight rises news
the dark knight rises news 2011
the dark knight rises news 2012
the dark knight rises news and rumors
the dark knight rises news bane
the dark knight rises news imdb
the dark knight rises news january
the dark knight rises news killer croc
the dark knight rises news results
the dark knight rises news screen rant
the dark knight rises news.com
the dark knight rises occupy
the dark knight rises plot
the dark knight rises plot bane
the dark knight rises plot details
the dark knight rises plot details leaked
the dark knight rises plot ideas
the dark knight rises plot leak
the dark knight rises plot leaked
the dark knight rises plot revealed
the dark knight rises plot rumors
the dark knight rises plot spoilers
the dark knight rises plot summary
the dark knight rises plot synopsis
the dark knight rises plot theories
the dark knight rises plot theory
the dark knight rises prologue
the dark knight rises prologue audio
the dark knight rises prologue bootleg
the dark knight rises prologue description
the dark knight rises prologue hd
the dark knight rises prologue leak
the dark knight rises prologue leaked
the dark knight rises prologue online
the dark knight rises prologue review
the dark knight rises prologue script
the dark knight rises prologue trailer
the dark knight rises prologue video
the dark knight rises prologue watch
the dark knight rises reviews
the dark knight rises rotten tomatoes
the dark knight rises rumors
the dark knight rises rumors 2011
the dark knight rises scarecrow
the dark knight rises scene
the dark knight rises score
the dark knight rises screen rant
the dark knight rises screen saver
the dark knight rises screening
the dark knight rises screenplay
the dark knight rises script
the dark knight rises script leak
the dark knight rises spoilers
the dark knight rises spoilers leaked
the dark knight rises spoilers plot
the dark knight rises spoilers robin
the dark knight rises toys
the dark knight rises toys 2012
the dark knight rises toys for 2012
the dark knight rises toys release
the dark knight rises toys release date
the dark knight rises trailer
the dark knight rises trailer 2
the dark knight rises trailer 2 bootleg
the dark knight rises trailer 2 december
the dark knight rises trailer 2 description
the dark knight rises trailer 2 download
the dark knight rises trailer 2 download hd
the dark knight rises trailer 2 hd
the dark knight rises trailer 2 high quality
the dark knight rises trailer 2 leaked
the dark knight rises trailer 2 release date
the dark knight rises trailer 2 review
the dark knight rises trailer 2 youtube
the dark knight rises trailer 2011
the dark knight rises trailer 2012
the dark knight rises trailer 3
the dark knight rises trailer 3 analysis
the dark knight rises trailer 3 breakdown
the dark knight rises trailer 3 download
the dark knight rises trailer 3 hd
the dark knight rises trailer 3 leaked
the dark knight rises trailer 3 music
the dark knight rises trailer 3 release date
the dark knight rises trailer 3 review
the dark knight rises trailer analysis
the dark knight rises trailer leaked
the dark knight rises trailer leaked online
the dark knight rises trailer official
the dark knight rises trailer official 2
the dark knight rises trailer official hd
the dark knight rises trailer release date
the dark knight rises trailer review
the dark knight rises trailer reviews
the dark knight rises trailer sherlock holmes
the dark knight rises trailer yahoo
the dark knight rises trailer yahoo movies
the dark knight rises trailer youtube
the dark knight rises wiki
the dark knight rises wikipedia
the dark knight rises xbox 360
the new the dark knight rises trailer
watch the dark knight rises prologue
watch the dark knight rises trailer
watch the dark knight rises trailer 2
watch the dark knight rises trailer 3
watch the dark knight rises trailer leaked
watch the dark knight rises trailer online
what is the dark knight rises about
what is the the dark knight rises about
where can i watch the dark knight rises trailer
Read more

Ruangan Sembang